Daripada:
Zaki Yusof, B. Sc
(Hons) Comp. Science UTM
Tarikh:
Per:
Kehebatannya Tak Boleh Disangkal Lagi...
Salam sejahtera & sahabatku,
Kelebihan Anda Tahu PHP dan MySQL?
Anda
boleh buat
duit dengan membina sistem berasaskan PHP
& MySQL dan jual kepada pihak yang berminat. Contoh
sistem yang boleh dibangunkan seperti sistem cuti kakitangan,
sistem
klinik, sistem pendaftaran hotel, sistem tempahan atau apa sahaja sistem mengikut sasaran
pelanggan anda. Dengan menggunakan PHP & MySQL, anda tidak
perlu mengeluarkan sesen pun untuk menggunakannya (PERCUMA!).
Anda boleh menjadi 'freelancer'
(pengaturacara bebas) dan mengambil upah membangunkan sistem
untuk mana-mana syarikat @ individu. Upah
lumayan menanti anda kerana permintaan projek
menggunakan PHP & MySQL sangat tinggi ketika ini dimana banyak
syarikat telah memilih PHP & MySQL kerana keupayaannya yang hebat tetapi
PERCUMA!
Mudah
untuk anda membuat 'customize'
/ mengubahsuai laman web dinamik CMS (Content Management
System)
yang terdapat di organisasi anda atau di pasaran seperti Joomla,
PHP-Nuke, phpBB
dan lain-lain yang seangkatan dengannya (yang
popular). Ini
kerana laman web CMS tersebut dibangunkan menggunakan PHP & MySQL.
Anda boleh mengubahsuai
mana-mana laman web sistem berasaskan kod PHP yang lain.
Sudah banyak syarikat yang
beralih arah kepada membangunkan sistem menggunakan PHP & MySQL
kerana TOC (Total of Ownership Cost) yang tersangat rendah.
Anda
atau syarikat boleh menjimatkan
berkali-kali ganda kos pembangunan sistem.
Berbanding membeli perisian dan pangkalan data
yang
mahal harganya. Contoh pangkalan data berbayar seperti Oracle, MSSQL,
SyBase dan lain-lain yang mahal. Sebaliknya PHP & MySQL adalah
PERCUMA!
Anda
boleh meningkatkan kemahiran
dan pengetahuanyang
hebat dalam
organisasi dengan membina
sistem berasaskan web. Ini boleh membantu anda mempunyai skil tambahan istimewa yang
hebat yang tidak dimiliki oleh kakitangan lain.
Tahukah anda?
PHP merupakan satu bahasa skrip yang popular dan paling
banyak digunakan di dunia pada ketika ini.
Menurut
kajian Netcraft.com, pengguna PHP telah meningkat mendadak daripada
hanya 7,500 host pada tahun 1998 kepada 410,000 host pada Mac 1999.
... dan kini telah mencecah kepada 52 juta host.
PHP
dicipta
oleh Rasmus Lerdorf pada tahun 1995. Gambar beliau di bawah:
Rasmus Lerdorf
Apa Yang Menarik Sangat
Tentang PHP Ni?
Banyak pembangunan sistem dalaman
(in-house system development) dan portal Content Management System (CMS) di dunia
sebenarnya dibangunkan dengan menggunakan sumber terbuka (Open
Source) PHP & MySQL.
Tahukah anda CMS yang popular sepertiJoomla,
Drupal, PHP-Nuke, Xoops,
Mamboo dibangunkan menggunakan
PHP
& MySQL.
PHP & MySQL adalah 2 contoh item sumber
terbuka.
Banyak lagi aplikasi lain yang popular
penggunaannya di seluruh dunia dibangunkan menggunakan PHP
& MySQL.
Contohnya saya senaraikan seperti di bawah ini:
Aplikasi
blog - Wordpress,
Nucleus, b2evolution
Aplikasi forum - phpBB, SMF
Aplikasi E-Commerce
- Zen Cart, Os Commerce,
Cube Cart
Aplikasi Foto Album
- Coppermine Photo
Gallery, 4Images Gallery, Gallery
Tujuan
saya memberikan
contoh di atas untuk menunjukkan kepada anda bahawa PHP & MySQL
adalah perisian canggih (jangan disangka perisian percuma tiada
kualiti!) sehinggakan aplikasi di
atas dicipta dengannya.
Yang
pastinya, sesiapa juga termasuk anda boleh menggunakan semua aplikasi
di atas yang
sememangnya
telah siap dan canggih dengan PERCUMA!
Oh ya... semua aplikasi di atas adalah
aplikasi
yang telah siap dibangunkan menggunakan PHP & MySQL.
Sebenarnya, anda juga boleh membina apa-apa sahaja
aplikasi menggunakan PHP & MySQL samada untuk kegunaan
sendiri, komersial atau organisasi bergantung kepada kemahiran anda
menggunakannya.
Contohnya anda ingin membangunkan
sistem dalaman syarikat seperti sistem cuti, maklumat kakitangan, sistem
tempahan dan bermacam-macam lagi. Bahkan anda juga boleh membina portal anda
sendiri dengannya.
Kelebihan utama aplikasi
yang dibangunkan
menggunakan PHP dan MySQL
ini ialah sistem anda nanti dapat diakses melalui web iaitu dengan menggunakan
web browser. Sama seperti anda melayari Internet.
Oleh itu, ia banyak
menjimatkan kos
pelaksanaannya (deployment) berbanding jika menggunakan sistem
'stand-alone' yang memerlukan pemasangan (installation) pada setiap komputer atau
client satu per satu.
Contohnya anda membangunkan sebuah sistem cuti
menggunakan PHP & MySQL, maka setelah siap sistem tersebut hanya perlu
diakses menggunakan web browser seperti Internet Explorer (IE), Mozilla
Firefox, Opera, Google Chrome atau lain-lain yang serupa
dengannya.
Oleh itu, pemasangan
sistem pada setiap client atau komputer
tidak diperlukan lagi. Sudah tentunya setiap komputer telah mempunyai web
browser sendiri sekurang-kurangnya IE.
Tak kiralah samada sistem tersebut dibangunkan secara Intranet
(sistem dalaman sahaja) atau Internet.
Kesimpulannya,
kos pembangunan sistem dan
Total of
Ownership Cost (TOC) menggunakan PHP & MySQL jauh lebih murah berbanding aplikasi lain.
Tambahan pula kedua-duanya PHP & MySQL adalah dua sistem Sumber Terbuka
(Open Source) yangboleh
digunakan dengan percuma
sahaja!
Oleh kerana itulah, sekarang ini semakin banyak
organisasi samada swasta dan kerajaan telah memilih PHP & MySQL
dalam pembangunan sesebuah sistem dalaman mereka.
Bahkan sesetengah syarikat juga telah
membangunkan sistem untuk tujuan komersial hanya dengan menggunakan PHP
& MySQL sahaja!
Apa itu PHP?
Saya ingin menerangkan secara
teknikal
(sedikit sahaja)
tentang PHP.
PHP adalah ringkasan PHP Hypertext
Preprocessor. PHP
adalah bahasa pengaturcaraan skrip (scripting) yang boleh berinteraksi
dengan server.
Ia juga boleh digunakan di dalam HTML itu sendiri. Ini bermakna PHP dan
HTML boleh digabungkan bersama.
Saya gambarkan hubungan PHP dengan item lain seperti diagram di bawah:
Diagram Hubungan PHP & MySQL.
PHP sangat bagus kerana dicipta untuk kegunaan sistem berasaskan web dan
boleh dihubungkan dengan pangkalan data
iaitu query database menggunakan simple
task yang boleh diuruskan dengan 3‐4 baris kod sahaja.
Ini
menjadikan PHP ini lebih senang difahami berbanding dengan pesaingnya
yang lain seperti ASP, Cold Fusion, JSP, Perl, Python dan lan-lain.
Contoh baris-baris kod PHP.
Fakta
Menarik Tentang
PHP
Logo rasmi PHP
Lebih 20 juta domain
menggunakan PHP sebagai bahasa pengaturcaraannya. Sumber: www.php.net/usage.php
Digunakan oleh syarikat gergasi seperti Yahoo.com,
Google.com,
eBay.com,
FaceBook.com,
Nokia.com,
Oracle.com,
Wikimedia.com,
InternetNews.com.
Daripada maklumat di atas, terbukti penggunaan
PHP semakin meningkat
popular dari hari ke hari. Di Malaysia pula semakin banyak syarikat
termasuk
jabatan-jabatan kerajaanyang mula dan telah membangunkan sistem
menggunakan PHP & MySQL.
Kini
anda telah pun memahami sedikit sebanyak tentang PHP. Secara
kesimpulannya, PHP ialah bahasa pengaturcaraan yang boleh berkomunikasi
dengan pangkalan data seperti MySQL.
Oleh
itu... seterusnya saya akan
terangkan pula berkenaan MySQL.
Apa
itu MySQL?
Logo rasmi MySQL
MySQL adalah pangkalan data. MySQL berfungsi
menyimpan data-data sistem yang anda bangunkan.
Ini bermaksud apabila
anda membangunkan sesebuah sistem, tentu ada banyak data yang perlu disimpan.
Contohnya anda ingin membina sebuah sistem pendaftaran pelajar sekolah, tentu akan ada
banyak nama
pelajar, no. kad pelajar, alamat pelajar, nama penjaga dan sebagainya.
Oleh itu, data-data tadi (iaitu nama
pelajar, no. kad pelajar, alamat pelajar, nama penjaga dan sebagainya)
perlu disimpan di dalam satu pangkalan data supaya ianya boleh dicapai
semula.
Maka anda memerlukan pangkalan data atau database untuk menyimpannya.
Untuk pengetahuan anda terdapat 2 jenis
pangkalan data, iaitu flat database dan RDBMS
(Relational Database Management System).
Bagi
kebanyakan sistem, pangkalan data jenis RDBMS adalah yang paling banyak dan
popular penggunaannya.
Antara pangkalan data jenis RDBMS yang popular ialah seperti Oracle,
Informix, Sybase, DBase, MS SQL, MS Access dan banyak lagi
termasuklah
MySQL. Bezanya pangkalan data MySQL adalah percuma
sedangkan
pangkalan
data yang lain kesemuanya perlu dibeli dengan kos yang tinggi.
MySQL adalahPERCUMA! kerana
ianya dikategorikan sebagai Sumber
Terbuka (Open
Source). Sesiapa pun boleh menggunakan MySQL. Termasuk anda!
PHP & MySQL
Menjadi
Pilihan Syarikat
Gergasi Dunia... Mengapa?
Tahukah anda syarikat gergasi seperti
Google dan Yahoo
juga menggunakan PHP dan MySQL dalam sistem mereka? Buktinya baca
di sini.
Mengapa ini berlaku?
Walhal PHP & MySQL adalah 100% produk percuma. Ini disebabkan tidak lain dan
tidak bukan kerana PHP & MySQL adalah perisian dan pangkalan data yang berkualiti
dan diyakini
untuk pembangunan sesebuah sistem.
Jika tidak, masakan
mereka memilih menggunakan MySQL untuk sistem mereka?
Di Malaysia pula, sejak kebelakangan ini banyak jabatan kerajaan dan syarikat swasta memilih
PHP dan MySQL dalam pembangunan sistem dalaman (in-house system
development) mereka.
Contohnya mereka
membina sistem cuti, tempahan, maklumat kakitangan dan sebagainya.
Fakta
Menarik Tentang MySQL
Pangkalan data yang digunakan oleh
syarikat gergasi dunia seperti Google, Yahoo, Youtube, Wikipedia. Baca
di
sini.
11 juta 'active installation'.
60,000 download copy sehari.
Sangat mudah digunakan: proses installation
kurang dari 15 minit.
Pada tahun 2008, MySQL
telah dibeli oleh Sun Microsystem daripada MySQL
AB dengan
harga USD 1 Bilion. Namun pada April 2009 Oracle pula telah mengambilalih
Sun Microsystem pada harga USD 7.4 Bilion.
Baca di sini Sumber
1,
Sumber 2
Walaupun MySQL kini
dimiliki oleh Oracle tetapi ia masih kekal sebagai Sumber Terbuka
iaitu percuma untuk digunakan.
Sebenarnya anda tidak perlu mengambil masa bertahun-tahun untuk belajar
bahasa pengaturcaraan PHP ini kerana ia amat mudah dipelajari. Sama
ada anda seorang newbie atau profesional,
hari ini anda perlu mengetahui serba sedikit
lebih mendalam bagaimana PHP & MySQL ini berfungsi.
Tujuannya supaya anda juga boleh membangunkan sistem di organisasi anda
sendiri atau membangunkan sistem untuk organisasi lain.
Anda boleh menjadi 'freelancer' dan mengambil upah servis
kepakaran anda nanti.
Bahkan sekiranya anda ingin mengupah
mana-mana pembangun sistem (system developer) daripada luar dan anda
ingin sistem anda dibangunkan menggunakan PHP & MySQL, anda tidak akan merasa takut
lagi kerana anda telah sedia faham dan arif tentang PHP & MySQL ini.
Memandangkan
penggunaan PHP dan MySQL
semakin
mendapat tempat dan permintaan, maka anda sama sekali tidak rugi jika
mempelajari PHP & MySQL.
Apatah lagi jika
anda sememangnya seorang 'programmer'. Inilah peluang untuk anda memiliki
satu
lagi skil kemahiran yang hebat yang tidak dimiliki oleh rakan-rakan
anda. Dengan itu ia memberi nilai tambah untuk diri anda
sendiri.
Bahkan... boleh saya katakan (mengikut
pengalaman saya selama ini..) anda
pasti terpikat (InsyaAllah) selepas mengenali dan
mempelajari PHP dan MySQL nanti.
Kini anda berpeluang mengetahui dengan lebih mendalam secara praktikal
('hands-on') tentang PHP dan MySQL. Langkah demi langkah
bermula dari installation
sehingga anda mampu membangunkan sistem secara online
akan ditunjukkan.
Untuk Itu, Kini Anda Berpeluang Mempelajari
PHP & MySQL dengan Menghadiri...
Objektif Kursus
Memberikan
latihan 100% secara praktikal untuk membangunkan sebuah sistem
menggunakan PHP & MySQL.
Mempelajari
bagaimana sistem PHP dapat berinteraksi dengan pangkalan data
MySQL.
Penggunaan
PHP dan MySQL sebagai aplikasi untuk membangunkan laman web portal
organisasi / individu bagi memudahkan webmaster mengubah serta
menguruskan kandungan laman web / dynamic
web.
Mengetahui
faktor-faktor keselamatan aplikasi yang melibatkan penggunakan PHP dan
MySQL.
Mengetahui
kegunaan dan potensi yang boleh digunakan melalui penggunaan PHP dan
MySQL dalam pembangunan sesebuah laman
web / sistem.
Kandungan
Kursus
PHP
Apa itu PHP?
Apa yang dapat dilakukan dengan PHP?
Bagaimana PHP berfungsi?
Script PHP
pertama saya.
Sintaks asas
PHP – pembolehubah, konstan dan
jenis-jenis data.
Operator.
Penyataan – if..elseif..else,
switch, loop.
Fungsi (function).
Tatasusunan (array).
Manipulasi fail (file manipulation).
Manipulasi tarikh.
Manipulasi string.
Borang (form) – konsep
$_POST dan $_GET.
Penggunaan session dan cookie
.
Keselamatan dalam PHP.
MySQL
Apa itu MySQL?
Mengapa gunakan
MySQL?
Menetapkan username dan katalaluan.
Membina database.
Mencipta table.
Interaksi dengan
MySQL – select,
insert, delete, update, search
Keselamatan dalam
MySQL.
Oleh kerana kursus dijalankan
100% secara praktikal, maka keseluruhannya tajuk-tajuk di atas
akan mengambil masa selama
4 hari. Saya tidak mengambil mudah tajuk-tajuk
di atas kerana penerangan yang jelas dan latihan praktikal perlu
dilakukan sekiranya anda mengikuti kelas ini.
Bagi
memantapkan pemahaman anda, latihan
dan contoh sistem akan dibuat di dalam
kelas. Inilah metodologi utama kursus ini nanti. Dengan
tunjukajar daripada pengajar yang berpengalaman, anda pasti seronok
mempelajarinya nanti.
Komputer sendiri juga boleh dibawa
untuk memudahkan
pembelajaran anda. Sila maklumkan jika anda membawa sendiri
untuk kami sediakan 'reserved seat' kepada anda.
Sijil Diberikan.
Yuran kursus sila lihat di bawah...
Saya ada tawaran terbaik untuk anda!
Yuran Termurah & Berkualiti
5
Sebabmengapa yuran yang ditawarkan
begitu murah berbanding harga sebenar
kursus ini?
Menggunakan
segala kemudahan training center milik saya sendiri iaitu
JomTraining Center.
Tidak memerlukan kos sewaan. Segala kemudahan seperti komputer,
projektor, bilik dan lain-lain disediakan sepenuhnya.
Jadi... sebab itulah saya boleh tawarkan harga yang sangat murah. Murah
bukan sebab tiada kualiti!
Demi
memberi peluang kepada umum ke arah
membina modal insan yang cemerlang (galakkan rakyat Malaysia ada skil
hebat ini). Tawaran harga sebegini diberikan. Harga diskaun ini adalah terbuka
untuk semua (individu atau syarikat). Sebenarnya jika anda buat carian di
Internet, kos sebenar kursus seperti ini adalah RM1900 iaitu 'standard market'. Namun kini, saya tawarkan
harga yang rendah tanpa perlu mengorbankan kualitinya.
Tenaga
pengajar sangat berpengalaman dalam pembangunan
sistem PHP dan MySQL. Jika difikirkan beliau akan kenakan caj yang
tinggi tetapi disebabkan beliau adalah sahabat baik
saya maka saya telah dapat bertolak ansur dengan beliau. Oleh kerana
saya juga berlatarbelangkan IT, saya memilih beliau kerana tahu kredibiliti
beliau dalam bidang ini. Beliau telah membangunkan banyak
sistem PHP & MySQL untuk pihak swasta dan kerajaan.
Ramai orang yang memang hebat dalam pengaturcaraan tetapi tidak ada skil
mengajar. Tetapi rakan saya ini tidak! Beliau juga berpengalaman mengajar PHP & MySQL
di jabatan kerajaan dan swasta sebelum ini. Cara pengajaran dan
penyampaian beliau memang mudah untuk difahami walaupun oleh orang
biasa.
Untuk
memberikan kesedaran kepada individu
dan organisasi bahawa kos membangunkan sistem boleh dijimatkan
jika menggunakan sumber terbuka ini. Diharap dengan harga kursus yang
murah seperti ini banyak organisasi termasuk IKS berpeluang mengetahui potensi
PHP & MySQL untuk membangunkan sistem yang boleh membantu operasi syarikat mereka.
Ini
adalah harga promosi dan sementara sahaja. Selepas
ini mungkin harganya akan dinaikkan kepada harga
asal RM1900/orang. Bila-bila masa sahaja ianya boleh dinaikkan!
Bagi
Menjamin Kualiti Kursus Ini...
Kelas ini BUKAN untuk semua
orang! Hanya yang ada asas IT dan programming sahaja layak dan ianya
adalah 100%
Praktikal
Namun, tidak semestinya anda perlu ada kelulusan IT untuk hadir kursus ini. Ini kerana ramai juga orang yang tiada kelulusan IT pun akhirnya mahir dengan PHP & MySQL.
Sekurang-kurangnya
syarat paling asas yang dimaksudkan ialah seperti:
Anda pernah membina laman web samada menggunakan FrontPage, Dreamweaver dan lain-lain perisian dan pernah menggunakan kod HTML.
Atau
Anda pernah mempelajari bahasa pengaturcaraan lain.
Sekiranya anda memiliki perkara asas di atas, ia adalah satu kelebihan untuk anda lebih cepat mempelajari kursus ini.
Jadual Kursus Yang Lepas
Siri
Tarikh / Hari
Tempat
Status
#1
16 - 19 Nov. 2009
(Isnin - Khamis)
JTC1 Bandar Tasik Selatan, KL
Selesai
#2
28 - 31 Dis. 2009
(Isnin - Khamis)
JTC1 Bandar Tasik Selatan, KL
Selesai
#3
8 - 11 Feb. 2010
(Isnin - Khamis)
JTC1 Bandar Tasik Selatan, KL
Selesai
#4
1 - 4 Mac 2010
(Isnin - Khamis)
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,
KL
Selesai
#5
26 - 29 April 2010
(Isnin - Khamis)
JTC 2 1 Puchong Business Park,
Puchong Selangor.
Selesai
#6
29 Mei - 1 Jun 2010
(Sabtu - Selasa)
JTC 2 1 Puchong Business Park,
Puchong Selangor.
Selesai
#7
24 - 27 Julai 2010
(Sabtu - Selasa)
JTC 2 1 Puchong Business Park,
Puchong Selangor.
Selesai
#8
27 - 30 Nov. 2010
(Sabtu - Selasa)
JTC 2 1 Puchong Business Park,
Puchong Selangor.
Selesai
#9
25
- 28 Dis. 2010 (Sabtu - Selasa)
JTC 2 1 Puchong Business Park, Puchong Selangor.
Selesai
#10
19
- 22 Feb. 2011 (Sabtu - Selasa)
JTC 2 1 Puchong Business Park, Puchong Selangor.
Selesai.
#11
9 -
12 April
2011 (Sabtu - Selasa)
JTC 2 1 Puchong Business Park, Puchong Selangor.
Selesai.
#12
21 -
24 Mei
2011 (Sabtu - Selasa)
JTC 2 1 Puchong Business Park, Puchong Selangor.
Selesai.
#13
2 -
5 Julai
2011 (Sabtu - Selasa)
JTC 2 1 Puchong Business Park, Puchong Selangor.
Selesai.
#14
20 - 23 Ogos
2011 (Sabtu - Selasa)
JTC 2 1 Puchong Business Park, Puchong Selangor.
Selesai.
#15
31 Okt - 3 Nov
2011 (Isnin - Khamis)
JTC 2 1 Puchong Business Park, Puchong Selangor.
Selesai.
#16
17 - 20 Dis
2011 (Sabtu - Selasa)
JTC 2 1 Puchong Business Park, Puchong Selangor.
Selesai
#17
25 - 28 Feb. 2012 (Sabtu - Selasa)
JTC 2 1 Puchong Business Park, Puchong Selangor.
Dibuka!
Video Kursus PHP & MySQL Yang Lepas
Antara Sebahagian Foto-Foto Kursus
Yang
Telah Dianjurkan.
Bilik
training yang selesa. Komputer dan talian Internet disediakan.
Kursus
berjalan lancar dan sempurna.
Kelas PHP &
MySQL Siri #5
(26-29 April 2010)
Peserta: Jabatan Imigresen, SIRIM,
My Sutera, Awam
Kelas PHP & MySQL Siri #4
(1-4 Mac 2010)
Peserta: Kementerian Perumahan Dan
Kerajaan
Tempatan (KPKT)
Kelas PHP & MySQL Siri #3
(8-11 Februari 2010)
Peserta: Bhg. Teknologi Pendidikan,
Kelantan, MPAJ, Kolej MARA K. Nerang,
dan
Awam
Kelas PHP & MySQL Siri #2
(28-31 Disember 2009)
Peserta: SUK Johor, Awam
Kelas PHP & MySQL Siri #1
(16-19 November 2009)
Peserta: KESAS, Awam
Antara Organisasi Yang Telah
Menyertai Kursus
Di Sini...
• Majlis
Sukan Negara (MSN)
• Kolej Sunway
• Pejabat Imigresen Pelabuhan Klang
• SIRIM
Berhad
• KESAS
• SUK Johor
• MPAJ
• Kolej MARA
• Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
(KPKT)
• Bahagian Teknologi Pendidikan
Kelantan
• Lembaga Pelabuhan Klang
(LPK)
• Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
• UTM, Skudai.
• Majlis Perubatan
Malaysia, Putrajaya.
• Rakyat Management
Services Sdn. Bhd.
• UiTM Penang
• Kolej RISDA Melaka
• TUDM, Kuching.
• Majlis Perbandaran
Subang Jaya (MPSJ)
• Majlis Perbandaran
Alor
Gajah (MPAG)
• Majlis Bandaraya
Petaling Jaya (MBPJ)
• Lembaga Kemajuan
Kelantan Selatan (KESEDAR)
• Perbadanan Hal
Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
•
Lembaga
Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Kementerian
Pelancongan Negeri Sabah
• Kolej Profesional
MARA, Johor.
dan
ramai lagi... termasuk
individu-individu
yang meminati PHP & MySQL.
Individu
umum yang berlatarbelakangkan programming yang ingin mendapatkan ilmu @ skil
baru dalam bidang programming sumber terbuka PHP & MySQL.
Programmer yang ingin
menambahkan skil individu dalam bidang PHP & MySQL pula.
Juruanalisa
sistem yang ingin mengetahui dan merasai keupayaan PHP & MySQL
untuk membangunkan sesebuah sistem. Anda akan dapat menilai dan mengetahui
kebagusan
PHP & MySQL secara praktikal.
Kakitangan
kerajaan @ swasta yang berkaitan dalam bidang IT yang
sedang dalam proses membangunkan sistem dalaman syarikat dan bercadang
menggunakan PHP & MySQL.
Pelajar-pelajar IPTA/S yang ingin
menyiapkan tesis atau projek sistem menggunakan PHP & MySQL.
Syarikat
yang bercadang menghantar kakitangan menjalani kursus PHP &
MySQL tetapi tidak tahu dimana tempatnya. Malah mahal pula harganya. Di
sini ianya murah dan berkualiti.
Kami
Sebolehnya Ingin Melaksanakan Urusan Mengikut Kehendak Syariah.
Oleh Itu
Sila Baca Polisi Tempahan & Penyertaan Di Bawah
Agar
Kedua-Dua Pihak Jelas Atas Urusan Ini:
#1:
Untuk penyertaan anda disahkan, anda perlu membuat bayaranpenuh terlebih dahulu sebelum hari kursus. Tiada lagi
pendaftaran tanpa bayaran.
Ini disebabkan ada peserta yang tidak
hadir pada hari kursus sedangkan persediaan lengkap telah dilakukan dan
kami juga terpaksa menolak penyertaan peserta lain apabila tempat
telah penuh.
Oleh itu ia merupakan satu pembaziran.
#2:
Yuran penyertaan yang telah dibayar tidak akan dikembalikan (tiada
refund) jika anda gagal hadir atau anda membatalkannya
pada tarikh kursus yang telah ditetapkan.
Ini bagi mengelakkan masalah peserta
yang sengaja membatalkan program ini sedangkan pihak kami telah
membuat persediaan sepenuhnya.
Oleh itu pastikan anda benar-benar akan
hadir dan tidak akan membatalkannya. Namun anda boleh menggantikan
kehadiran anda dengan orang lain.
#3:
Anda
boleh menangguhkan kehadiran sekiranya berlaku hal
kecemasan seperti kemalangan, sakit, kematian ahli keluarga. Dokumen
sokongan mesti
disertakan sebagai bukti. Anda atau wakil mestilah memaklumkan
kepada kami melalui telefon sebelum atau pada tarikh kursus
dijalankan.
#4:
Yuran penyertaan
akan dikembalikan sepenuhnya jika pembatalan kursus
disebabkan oleh pihak kami atau anda meninggal dunia (waris boleh
menuntut dengan mengemukakan sijil kematian).
Peluang Ini Tidak Patut Dilepaskan!
Penyertaan
Dibuka Sekarang...
Tempat
Terhad!
4
hari
Terhad untuk 15 orang
sahaja!
Yuran Promosi Paling
Murah
(4 hari
intensif & 100% praktikal)
Harga
Asal
RM1,900
, RM1,800
Kini hanya
RM1,700 sahaja!
Yuran
paling murah di pasaran!
Anda Jimat RM200
Bilik training sebenar yang luas dan selesa.
Skrin besar.
Saya telah membuat survey untuk
hotel-hotel di sekitar Puchong.
Ini adalah pilihan terbaik yang dicadangkan
dengan mengambil kira kriteria
harga
bilik, jarak
dari pusat latihan & keselesaan.
Pilihan #1: Disyorkan
Hotel Sun Inns -
dari RM85 / malam
Hanya 100m berjalan kaki ke JTC 2
Jenis Bilik: 1 Queen Bed (sesuai
untuk 2 orang)
Bilik jenis lain juga ada.
Tempahan: 03-8076 5636 www.SunInnHotel.com
Pilihan #2: Disyorkan
Hotel
Best View - dari RM88 / malam
Hanya 100m berjalan kaki ke JTC 2
Jenis Bilik: 1 Queen Bed (sesuai
untuk 2 orang)
Bilik jenis lain juga ada.
Tempahan: 012-2947761
Hotel Boutique -
dari RM119 / malam
Hanya 100m berjalan kaki
ke JTC 2
Jenis Bilik: 1 Queen Bed (sesuai
untuk 2 orang)
Bilik jenis lain juga ada.
Tempahan: 03-8075 0360 | 012-6561
181
Pilihan #3: Pilihan
Hotel Orkid Inn
(berdekatan IOI Boulevard)
Dari RM88 / malam
Memandu 800m ke JTC 2
Jenis Bilik: 1 Queen Bed (sesuai
untuk 2 orang)
Bilik jenis lain juga ada.
Tempahan: 03-8076 8108 www.OrkidInn.com
Nota:
Anda digalakkan menempah awal kerana dikhuatiri bilik
hotel mungkin penuh jika
tempahan dibuat di saat-saat akhir.
Panduan Pengangkutan Awam
#1.
Bas Awam -
Rapid KL.
Naik di Stesen Pasar Seni (Central
Market), KL.
Nombor bas
U60, U69, U70
Tambang
bas RM3 / sehala.
Bas henti-henti.
Tempoh
perjalanan (lebih kurang 1 jam. Bergantung
kepada trafik dan kekerapan henti-henti)
Turun
di hadapan IOI Mall atau TESCO Puchong. Ambil teksi
untuk
ke JTC 2. Tambang kurang RM5.
Dari
Selatan: Melaka, Batu Pahat / Muar,
JB, Singapura, Endau/Mersing
Dari
Utara: Lumut, Teluk Intan, Kuala Kangsar,
Ipoh, Kulim / Kuah / Baling / Pangkalan Hulu,
Butterworth, Penang, Alor Setar, Sungai
Petani, Kuala Perlis, Kangar, Padang Besar.
Dari
Timur: Kota Bharu, Rantau Panjang, Kuala
Terengganu, Dungun / Kemaman, Kuantan.
Destinasi anda ialah turun di belakang TESCO Puchong.
Kaunter tiket &
stesen menunggu di
belakang TESCO Puchong:
Tel: 03-58806676
Waktu
kaunter:
8.00am-10.30pm (setiap hari)
Stesen mengambil dan menurunkan penumpang
- dibuka 24 jam.
Ambil
teksi di hadapan TESCO untuk ke JTC 2
atau terus ke hotel berhampiran sekitar Puchong.
Tambang kurang RM5.
#3. KLIA
Transit
Dari KLIA
atau LCCT turun di Stesen ERL Putrajaya. Perjalanan
ERL 20 minit dari KLIA.
Ambil teksi di ERL Putrajaya. Perjalanan
teksi 20 minit dari
Putrajaya.
Anggaran tambang
teksi RM30-RM40 ke Bandar Puchong.
Dari mana-mana ke Puchong.
Kadar tambang bergantung kepada jarak dan lokasi
anda.
Tambang teksi dari KLIA @ LCCT ke
Puchong adalah RM65.
Nota:
Keadaan trafik
lalulintas pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum di
kawasan Puchong & Lembah Kelang umumnya adalah
lengang dan selesa.
Oleh itu anda boleh
sampai ke JTC dengan mudah tanpa gangguan
kesesakan.
Silalah Hubungi
Saya Atau Urusetia Jika Anda
Memerlukan Khidmat
Nasihat Lanjut @ Cadangan
Terbaik Berhubung Penginapan &
Pengangkutan Di Atas.
Tawaran
Promosi Lagi!
(harga ini sementara sahaja!)
Bukan RM1,900RM1,800RM1,700
Potongan Lagi...
Kini... hanya
RM1,500 sahaja!
(Anda Jimat RM400
sekarang)
Yuran promosi yang tersangat murah! Namun tiada jaminan kadar ini akan dikekalkan.
Download
Brosur Kursus & Dokumen Sokongan Untuk Permohonan ke Jabatan/Organisasi Anda.
Bagi memudahkan urusan permohonan ke Jabatan / Organisasi anda, silalah
download dokumen sokongan (jika perlu) di bawah:
[Sila
tunggu seketika
semasa anda download kerana ia mungkin mengambil
sedikit
masa bergantung kepada saiz dokumen dan talian Internet anda]
Terbuka kepada semua peserta samada
bayaran secara LO atau tunai.
Hadiah ini ditawarkan jika jumlah
peserta kursus adalah sekurang-kurangnya 10 orang dan ke atas.
Penerimaan hadiah adalah melalui cabutan bertuah yang akan dibuat pada hari terakhir kursus.
Peserta mesti ada semasa cabutan
dilakukan.
Kehadiran peserta mestilah penuh
selama 4 hari berturut-turut (sehingga tamat kursus). Peserta
yang tidak menamatkan kursus adalah tidak layak.
Hadiah tidak boleh ditukar dengan
wang ringgit.
Cabutan bertuah ini adalah untuk kursus yang diadakan di JTC
sahaja.
Jangan
lepaskan peluang ini. Sambil belajar anda mungkin membawa balik sebuah Netbook!
SILA BACA: Penting
Kenapa Ramai Yang Memilih
Kursus Kami?
Kami adalah antara yang
terawal memperkenalkan kursus PHP & MySQL secara profesional
kepada umum. Tidak ramai yang tahu apa itu PHP & MySQL semasa
kami mula memperkenalkannya pada suatu ketika dulu.
Kini selepas beberapa siri kursus dan pendedahan
tentang PHP & MySQL, semakin ramaiyang mengenalinya. Inilah kepuasan kami iaitu menyedarkan
keupayaan PHP & MySQL kepada umum (khasnya rakyat Malaysia).
Tenaga pengajar merupakan
individu yang berpengalaman dan mahir tentang PHP
& MySQL. Bukan tenaga pengajar yang belajar dan gunakan PHP &
MySQL secara teori untuk
beberapa ketika dan terus mengajar kepada anda. Mereka ditapis
dan berpengalaman selama beberapa tahun mengguna dan membangunkan
aplikasi berasaskan PHP & MySQL. Kepakaran merekalah yang menjadi rujukan
penting supaya pembelajaran anda lebih efektif.
Kami telah secara konsisten mengendalikan
kursus ini sejak Nov 2009. Pengalaman luas
kami
dalam memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada
permasalahan PHP & MySQL dapat membantu menyelesaikan masalah
anda dengan lebih berkesan.
Kami menjalankan kursus di pusat latihan kami sendiri iaitu di JomTraining
Center (JTC). Kami sememangnya fokus dalam bidang khidmat
latihan ini secara profesional.
Kami menjalankan kursus ini
secara profesional dimana anda diberikan nota, cd
dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya. Kemudahan kursus yang
lengkap, komputer dan talian Internet disediakan. Oleh sebab itu
banyak organisasi (kerajaan & swasta) telah memilih kami. Kami tidak menjalankan kursus
seperti 'bersembang di kedai kopi'.
Sertai
Sekarang Sebelum Tawaran Ini Ditutup Selama-lamanya...
Jika
Google,
Yahoo,
Facebook,
Ebay
Pun Menggunakannya, Mengapa Anda Perlu Ragu?
Yang benar,
B.Sc. (Hons) Comp. Sc. UTM
019-2626 101
Emel:
Zaki@KelasPHP.com
P/S
- Cubalah anda semak yuran kursus PHP & MySQL ini di luar sana. Anda
tidak akan jumpayuran kursus yang semurah ini tetapikualiti
kursus tetap terus diutamakan. Kami ada banyak testimoni para
peserta sejak Nov 2009 yang sangat berpuashati dengan kursus ini. Beruntung anda jumpa tawaran
promosi yang kini hanya
RM1500 sahaja!
berbanding harga pasaran RM1,900. Tapi
promosi ini tak jamin akan dikekalkan. Bila-bila masa boleh ditarik balik.
Daftar dan join sekarang.
P/P/S
- Dengan harga promosi yang hebat ini, sepatutnya anda tak perlu berfikir
panjang. Pelaburan anda menghadiri kursus ini pasti berbaloi dan menguntungkan
kerana pengalaman dan kepakaran kami telah melatih pelbagai kakitangan
organisasi sejak Nov 2009. Bertindaklah sekarang sebelum yuran promosi ini
terpaksa ditarik balik dan kembali ke harga pasaran RM1,900!
Tetapikini
RM1500 sahaja!.Daftar
dan buat bayaran sekarang.
P/P/P/S -
Download brosur kursus
dan borang penyertaan di siniuntuk anda membuat permohonan kepada Syarikat @ Jabatan.
Jangan lepaskan peluang
keemasan ini demi manfaat anda dan majikan. Di sinilah kursus yang
anda dan majikan anda cari selama ini. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini. Hanya RM1500 sahaja!Daftar
sekarang.